Archive for the “Uncategorized” Category

Salam hormat;
Baru sebentar tadi saya bertemu dengan seorang pelanggan. Katanya, beliau ingin mencuba produk saya untuk ibunya yang baru sahaja menjalani kimoterapi.

Ibunya, mengalami Cancer (tidak dinyatakan pula cancer apa), dan doktor peribadi beliau yang mencadangkan untuk mencuba Herba Pecah Beling.

Setelah berbincang, beliau bersetuju untuk mencuba 2 kotak pecah beling.

Memandangkan penyakit ibunya sudah agak kritikal, saya telah mencadangkan menggunakan sukatan 2:1. Iaitu 2 uncang teh untuk 1 liter air.

Diharap herba ini dapat membantu mengurangkan kesakitan yang dihidapi ibu beliau.

Amin.

Comments No Comments »

Bismillah;
Tawaran hebat;

Kapsul Pecah Beling

Kapsul Pecah Beling

Beli 5 botol kapsul pecah beling, saya akan berikan 10 helai daun pecah beling (segar) + doa sembuh penyakit (hasil tulisan tangan saya sendiri)

Untuk tempahan, sila hubungi Raja Kamil, 019 525 8351

Promosi ini sah sehingga 31 Januari 2009

Comments No Comments »

1. Pertemuan empat mata pada petang Khamis, 24 Disember 2009 yang lalu, memang menjadi satu inspirasi buat saya. Saya yang masih lagi baru, memasarkan Pecah Beling secara online dapat merasakan bahawa produk ini sememangnya dapat membantu para pengguna.

Salah satu kelebihan Pecah Beling ialah,  kesannya dapat dilihat dalam masa yang singkat sahaja. Saya masih ingat, En. Aris, pertama kali membuat tempahan adalah hampir sebulan yang lalu.

Daripada cara beliau bercerita dengan saya, beliau amat menyayangi isteri beliau.

2. Isteri beliau menghidap penyakit kencing manis. Sebelum ini, sudah beberapa jenis herba dicuba. Masalah utama pada isteri En. Aris ialah, angin. Rasa loya-loya. Namun, dengan izin Allah, Pecah Beling nampaknya serasi dengan isteri beliau. Selepas beberapa ketika, rasa loya-loya tersebut hilang. Badan terasa ringan.

3. 2 hari sebelum itu, En. Aris telah menghubungi saya, minta no akaun. Ingin membuat tempahan. Entah apa nasibnya, no akaun bank yang saya berikan tidak sampai ke HP En. Aris. Keesokan harinya, En. Aris menelefon saya, minta no akaun sekali lagi. Saya dapat menghantar SMS sehari selepas itu.

4. Pagi itu, En Aris, menghubungi saya sekali lagi. Beliau bertanya kot-kot saya ada turun ke KL. Secara kebetulan, saya juga akan ke KL petang itu, abang ipar berkahwin. Itulah kisahnya bagaimana saya dapat berjumpa dengan En. Aris.

5. Asalnya, beliau minta di bawa 2 kotak Teh Pecah Beling. Tapi, dalam bonet kereta saya, ada stok extra. Jadi saya bawa sekali semuanya. Apabila ditunjukkan kepada En Aris, semua stok tersebut, habis diborongnya. Katanya untuk simpanan stok. Susah nak dapat herba Pecah Beling ni.

6. Pertemuan dengan En. Aris, digunakan saya sepenuhnya berkongsikan tip-tip berkaitan pecah beling. En. Aris juga berminat bahkan bersetuju memberikan testimoni. Berikut adalah testimoni beliau. Rakaman dibuat di kedai mamak, selain suara tidak berapa jelas, persekitaran juga agak hingar bingar.

Diharap, dengan audio ini, anda semua dapat menjadikan Pecah Beling salah satu ikhtiar yang dibuat bagi mengatasi masalah penyakit anda/keluarga.

KLIK SINI UNTUK MAIN

Comments No Comments »

Berikut adalah senarai terkini harga untuk produk Pecah Beling;

Teh Pecah Beling – RM23.90

Cara Penggunaan :
Untuk penyakit yang tidak kronik; 1 uncang teh untuk 1 liter air sehari.
Dinasihatkan untuk menggunakan uncang sekali sahaja.
Untuk penyakit yang kronik; 2 uncang teh untuk 1 liter air sehari.

Peringatan : Sila amalkan meminum air kosong/suam dalam kuantiti yang lebih daripada biasa.
Teh ini amat berkesan, justeru ia mungkin akan menyebabkan anda pening-pening sedikit, jika kekurangan
air dalam badan.

Kapsul Pecah Beling – RM23.00

Cara Penggunaan :
1 hari 1 kapsul untuk penyakit tidak kronik
1 hari 2 kapsul jika penyakit adalah kronik.
Kapsul ini juga bertindak sebagai toxinator. Amat sesuai untuk mereka yang berkejaya dan sibuk.

Minyak Angin Pecah Beling – RM5

Cara Penggunaan :
Sapu terus ditempat anda lenguh-lenguh atau sakit. Insya Allah, sembuh.

BARU* Anak Pokok Pecah Beling – RM70 (penghantaran percuma)

Cara Penjagaan :
Letakkan anak pokok di kawasan redup. Jirus selalu untuk kesegaran

Caj penghantaran adalah RM10 untuk semenanjung dan RM12 untuk Sabah dan Sarawak.

Hubungi saya segera;
stok adalah terhad !!!

Tempahan boleh dibuat di :

Secara Online : http://pecahbeling.com/akaun/

Raja Kamil
www.pecahbeling.com

Comments No Comments »

 

Salam hormat;

Siang tadi, saya telah dihubungi oleh seorang pengusaha Pecah Beling ini. Rupa-rupanya kawan lama mak ayah saya. Pakcik Zainal namanya.

Beliau merupakan seorang Bio Chemist dan mengkaji khasiat pecah beling ini secara mendalam.

Apa yang menariknya, beliau menghubungi saya kerana ingin berkongsikan produk yang dicipta beliau sendiri kepada pembaca laman web ini.

Berikut adalah 3 produk pertama beliau.

Kapsul Pecah Beling

Harga Sebotol RM23.90 (atau RM25.90 untuk Sabah & Sarawak)
Sehari hanya perlu makan sebiji sahaja. Satu botol untuk stok sebulan.

Menurut Pak Cik Zainal, kapsul pecah beling ini menggunakan batang dan akar pokok pecah beling sebagai bahan utama. Menurut beliau lagi, pokok pecah beling ini, dari hujung akar hingga hujung pucuk, semuanya berkhasiat. Masya Allah.

Satu lagi, terus terang saya katakan, yang harga kapsul ini sangat berpatutan. Mana tidaknya, setiap biji kapsul diperkayakan dengan Habbatus Sauda’. Sebagaimana yang umum ketahui, Habbatus Sauda ini sangat berkesan untuk merawat kebanyakan penyakit.

Cubalah !

 

Teh Pecah Beling

pict0245

Harga : RM23.90 (S&S RM25.90) 1 kotak (30 uncang)

Sebelum ini, saya pernah memberi respons kepada salah satu komen di laman web ini mengenai dos pecah beling. Jawapan yang diberi oleh saya pada ketika itu adalah berdasarkan pengalaman saya sekeluarga.

Rupa-rupanya, Pecah Beling ini, tidak digalakkan untuk diambil berlebihan. Power sangat !. Untuk teh pecah beling ni, Pakcik Zainal cadangkan penggunaan 1 liter untuk 1 uncang. Setiap seorang, 1 liter sehari. Tidak lebih.

Bila ditanya kepada beliau, macam mana kalau uncang tu boleh digunakan lagi, beliau menjawab, sebaik-baiknya guna sekali sahaja.

Kalau saya tengok mak saya,  beliau akan gunakan 1 uncang tu sampai hilang warna teh tu, baru buang. :D Hehe. Jimat katanya.

Minyak Angin Pecah Beling

pict0244

Harga : RM5/botol

Minyak angin pun ada. Jangan terkejut, macam diberitahu di atas, dari hujung akar sampai ke pucuk, pokok pecah beling ni, sangat istimewa. Di ekstrak daripada akar pecah beling, ianya kini menjadi minyak angin.

Apa yang istimewa minyak angin ini ialah, khasiatnya. Saya tidak tahu dengan orang lain, tapi kalau saya sendiri, saya akan rasa kesan dia hampir serta merta. Kalau selsema, hidung tersumbat, lepas sapu, lega sikit. Kalau batuk, sapu kat dada, lega. Pening, kena gigit serangga, insya Allah, boleh sembuh.

Keistimewaan lain minyak angin ini ialah, MOBILITI (mudah alih). Maksudnya mudah dibawa ke mana sahaja. Dengan saiz botol minyak atar, dan fungsi roll on, minyak angin ni sangat sesuai digunakan oleh ibu-ibu yg mempunyai bayi atau anak kecil, mereka yang ada sengal-sengal badan dan sesiapa sahaja.

Cuba lah !

Order/Tempah

Jika ada yang ingin mendapatkan produk-produk ini, anda boleh menghantar email kepada saya di rajakamil@rajakamil.com

Beritahu, produk apa yang anda inginkan. Nanti saya akan reply jumlah harga termasuk kos penghantaran.

Owh lupa pulak , berikut saya senaraikan khasiat pecah beling ni. Walaupun dah ada kat post yang lain, saya masukkan sini sekali lagi.

Khasiat

  1. Batu Karang (pelawas kencing)
  2. pemberi tenaga
  3. kurus badan
  4. meneutralkan pH badan
  5. resdung
  6. Daya Tahan Badan
  7. Insomnia/susah tidur
  8. batuk
  9. demam
  10. athma
  11. gout
  12. gastrik/ulser perut
  13. buasir
  14. Darah Tinggi (yg ni berkesan kat mak saya. Sebab berkesan kat mak sayalah, saya buat website ni. Moga beri manfaat kat orang lain juga)
  15. Lenguh-lenguh sendi
  16. tenga batin (18SX)
  17. Buah Pinggang (tokwan saya, pesakit buah pinggang, setiap 2 hari kena hemodialisis. Alhamdulillah, memberi kesan positif)

Tadi saya ada bagitahu tentang lebih dos, kalau minum teh dan makan kapsul serentak, insya Allah tidak lebih dos. Sebabnya, teh ni adalah dari daun, manakala, pil adalah dari batang dan akar pokok pecah beling.

Petua mak saya : Mak saya kata. Jodoh tu bukan setakat bercinta sahaja. Ubat dengan penyakit pun, ada jodohnya. Mungkin dengan ubat lain, anda tidak serasi walaupun ramai yang kata ubat tu berkesan, jadi cubalah khasiat pecah beling ni. (tak beli daripada saya pun tidak mengapa. Walaupun tak banyak, tapi anda boleh cuba cari kat kedai-kedai lain). Tujuan website ini ditubuhkan pun, tidak lain untuk mempromosikan khasiat pecah beling kepada umum. Bagitahulah rakan-rakan anda mengenai laman web ini. Mana tahu, jika mereka ada penyakit, dengan izin Allah, dapatlah sembuh penyakit mereka.

Akhir kata (buat masa ini), kita sudah berusaha untuk mencegah/mengubat penyakit kita. Kini, terserahlah kepada Allah untuk menyembuhkan kita atau tidak. Teruskan berusaha dan berdoa.

 

 

Comments 5 Comments »