Author Archive

Seperti yang diberitahu dalam post yang lepas stok baru telah pun selamat tiba.

Alhamdulillah, kepada yang dah tempah, penghantaran telah pun dibuat.

Oh ya, tahun 2010 merupakan tahun yang baik untuk memulakan sesuatu bisnes. Kenapa?

Pada tahun ini, Malaysia akan menyaksikan pelbagai produk berasaskan herba bakal dipasarkan. Sekarang ini pun, sudah banyak, tapi ada prediction menyatakan bahawa pada tahun 2010, produk berasasskan herba akan mendapat permintaan yang sangat tinggi.

Bagi sesiapa yang masih tercari-cari modul perniagaan, berikut adalah saranan saya :

1. Jadi pioneer
2. Pasarkan produk bukan plan pemasaran
3. Pasarkan produk yang terbukti keberkesanannya.

Saya sendiri, merupakan seorang usahawan internet. Pecah Beling dot Com merupakan salah satu daripada pelbagai produk yang saya pasarkan secara online.

Buat masa ini, permintaan terhadap Pecah Beling amat menggalakkan, terutama oleh mereka yang telah menggunakannya sebelum ini.

Selain untuk tujuan kesihatan, Pecah Beling juga merupakan satu produk yang bakal meletup di pasaran Malaysia.

Justeru, saya selaku founder pecahbeling.com ingin mengajak, kepada para usahawan herba untuk memasarkan produk pecah beling.

Buat masa ini tawaran ini hanya dibuka kepada 10 orang sahaja, dan tawaran ini akan tamat pada 10 Februari 2010.

Berikut adalah senarai harga yang saya berikan pada para pengedar.

Produk : Teh Pecah Beling
Harga Jual : RM23.90

Harga Borong :
10 kotak : RM20/unit
50 kotak : RM18/unit
100 kotak : nego
1000 kotak : nego

Alat bantu promosi akan disediakan bersama-sama dengan setiap tempahan.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, anda boleh dapatkannya di
email : rajakamil@rajakamil.biz
SMS : 019 525 8351
Call : 019 525 8351

Tawaran ini adalah yang pertama saya tawarkan khusus buat para pelawat pecahbeling.com

Comments No Comments »

Salam hormat;

Saya ada berita baik buat anda.
Semalam saya telah mendapat lampu hijau, katanya, stok baru akan sampai Jumaat ini.

Bukan apa, dah ramai orang menghubungi saya, minta untuk membeli produk, namun, saya terpaksa meminta maaf sangat-sangat.
Kehabisan stok pula.

Ada yang sanggup bayar dulu, katanya, bila ada stok, baru hantar. Katanya, takut kehabisan stok.
Betul juga tu, pecah beling ni, laju je. Stok baru je sampai, dah habis.

Hurm, takpe-takpe, yang dah hubungi saya sebelum ini, jangan risau, saya akan hubungi anda semula bila stok saya dah pegang.

Bagi yang belum hubungi saya, anda boleh berhubung melalui :

YM : rajakamil023
Gmail : checkmeeveryday
Email : admin@pecahbeling.com
SMS : 019 5258351
Call : 0195258351

Siapa cepat dia dapat :)

Comments 1 Comment »

Salam hormat;
Baru sebentar tadi saya bertemu dengan seorang pelanggan. Katanya, beliau ingin mencuba produk saya untuk ibunya yang baru sahaja menjalani kimoterapi.

Ibunya, mengalami Cancer (tidak dinyatakan pula cancer apa), dan doktor peribadi beliau yang mencadangkan untuk mencuba Herba Pecah Beling.

Setelah berbincang, beliau bersetuju untuk mencuba 2 kotak pecah beling.

Memandangkan penyakit ibunya sudah agak kritikal, saya telah mencadangkan menggunakan sukatan 2:1. Iaitu 2 uncang teh untuk 1 liter air.

Diharap herba ini dapat membantu mengurangkan kesakitan yang dihidapi ibu beliau.

Amin.

Comments No Comments »

Bismillah;
Tawaran hebat;

Kapsul Pecah Beling

Kapsul Pecah Beling

Beli 5 botol kapsul pecah beling, saya akan berikan 10 helai daun pecah beling (segar) + doa sembuh penyakit (hasil tulisan tangan saya sendiri)

Untuk tempahan, sila hubungi Raja Kamil, 019 525 8351

Promosi ini sah sehingga 31 Januari 2009

Comments No Comments »

1. Pertemuan empat mata pada petang Khamis, 24 Disember 2009 yang lalu, memang menjadi satu inspirasi buat saya. Saya yang masih lagi baru, memasarkan Pecah Beling secara online dapat merasakan bahawa produk ini sememangnya dapat membantu para pengguna.

Salah satu kelebihan Pecah Beling ialah,  kesannya dapat dilihat dalam masa yang singkat sahaja. Saya masih ingat, En. Aris, pertama kali membuat tempahan adalah hampir sebulan yang lalu.

Daripada cara beliau bercerita dengan saya, beliau amat menyayangi isteri beliau.

2. Isteri beliau menghidap penyakit kencing manis. Sebelum ini, sudah beberapa jenis herba dicuba. Masalah utama pada isteri En. Aris ialah, angin. Rasa loya-loya. Namun, dengan izin Allah, Pecah Beling nampaknya serasi dengan isteri beliau. Selepas beberapa ketika, rasa loya-loya tersebut hilang. Badan terasa ringan.

3. 2 hari sebelum itu, En. Aris telah menghubungi saya, minta no akaun. Ingin membuat tempahan. Entah apa nasibnya, no akaun bank yang saya berikan tidak sampai ke HP En. Aris. Keesokan harinya, En. Aris menelefon saya, minta no akaun sekali lagi. Saya dapat menghantar SMS sehari selepas itu.

4. Pagi itu, En Aris, menghubungi saya sekali lagi. Beliau bertanya kot-kot saya ada turun ke KL. Secara kebetulan, saya juga akan ke KL petang itu, abang ipar berkahwin. Itulah kisahnya bagaimana saya dapat berjumpa dengan En. Aris.

5. Asalnya, beliau minta di bawa 2 kotak Teh Pecah Beling. Tapi, dalam bonet kereta saya, ada stok extra. Jadi saya bawa sekali semuanya. Apabila ditunjukkan kepada En Aris, semua stok tersebut, habis diborongnya. Katanya untuk simpanan stok. Susah nak dapat herba Pecah Beling ni.

6. Pertemuan dengan En. Aris, digunakan saya sepenuhnya berkongsikan tip-tip berkaitan pecah beling. En. Aris juga berminat bahkan bersetuju memberikan testimoni. Berikut adalah testimoni beliau. Rakaman dibuat di kedai mamak, selain suara tidak berapa jelas, persekitaran juga agak hingar bingar.

Diharap, dengan audio ini, anda semua dapat menjadikan Pecah Beling salah satu ikhtiar yang dibuat bagi mengatasi masalah penyakit anda/keluarga.

KLIK SINI UNTUK MAIN

Comments No Comments »

Berikut adalah senarai terkini harga untuk produk Pecah Beling;

Teh Pecah Beling – RM23.90

Cara Penggunaan :
Untuk penyakit yang tidak kronik; 1 uncang teh untuk 1 liter air sehari.
Dinasihatkan untuk menggunakan uncang sekali sahaja.
Untuk penyakit yang kronik; 2 uncang teh untuk 1 liter air sehari.

Peringatan : Sila amalkan meminum air kosong/suam dalam kuantiti yang lebih daripada biasa.
Teh ini amat berkesan, justeru ia mungkin akan menyebabkan anda pening-pening sedikit, jika kekurangan
air dalam badan.

Kapsul Pecah Beling – RM23.00

Cara Penggunaan :
1 hari 1 kapsul untuk penyakit tidak kronik
1 hari 2 kapsul jika penyakit adalah kronik.
Kapsul ini juga bertindak sebagai toxinator. Amat sesuai untuk mereka yang berkejaya dan sibuk.

Minyak Angin Pecah Beling – RM5

Cara Penggunaan :
Sapu terus ditempat anda lenguh-lenguh atau sakit. Insya Allah, sembuh.

BARU* Anak Pokok Pecah Beling – RM70 (penghantaran percuma)

Cara Penjagaan :
Letakkan anak pokok di kawasan redup. Jirus selalu untuk kesegaran

Caj penghantaran adalah RM10 untuk semenanjung dan RM12 untuk Sabah dan Sarawak.

Hubungi saya segera;
stok adalah terhad !!!

Tempahan boleh dibuat di :

Secara Online : http://pecahbeling.com/akaun/

Raja Kamil
www.pecahbeling.com

Comments No Comments »

 

Salam hormat;

Siang tadi, saya telah dihubungi oleh seorang pengusaha Pecah Beling ini. Rupa-rupanya kawan lama mak ayah saya. Pakcik Zainal namanya.

Beliau merupakan seorang Bio Chemist dan mengkaji khasiat pecah beling ini secara mendalam.

Apa yang menariknya, beliau menghubungi saya kerana ingin berkongsikan produk yang dicipta beliau sendiri kepada pembaca laman web ini.

Berikut adalah 3 produk pertama beliau.

Kapsul Pecah Beling

Harga Sebotol RM23.90 (atau RM25.90 untuk Sabah & Sarawak)
Sehari hanya perlu makan sebiji sahaja. Satu botol untuk stok sebulan.

Menurut Pak Cik Zainal, kapsul pecah beling ini menggunakan batang dan akar pokok pecah beling sebagai bahan utama. Menurut beliau lagi, pokok pecah beling ini, dari hujung akar hingga hujung pucuk, semuanya berkhasiat. Masya Allah.

Satu lagi, terus terang saya katakan, yang harga kapsul ini sangat berpatutan. Mana tidaknya, setiap biji kapsul diperkayakan dengan Habbatus Sauda’. Sebagaimana yang umum ketahui, Habbatus Sauda ini sangat berkesan untuk merawat kebanyakan penyakit.

Cubalah !

 

Teh Pecah Beling

pict0245

Harga : RM23.90 (S&S RM25.90) 1 kotak (30 uncang)

Sebelum ini, saya pernah memberi respons kepada salah satu komen di laman web ini mengenai dos pecah beling. Jawapan yang diberi oleh saya pada ketika itu adalah berdasarkan pengalaman saya sekeluarga.

Rupa-rupanya, Pecah Beling ini, tidak digalakkan untuk diambil berlebihan. Power sangat !. Untuk teh pecah beling ni, Pakcik Zainal cadangkan penggunaan 1 liter untuk 1 uncang. Setiap seorang, 1 liter sehari. Tidak lebih.

Bila ditanya kepada beliau, macam mana kalau uncang tu boleh digunakan lagi, beliau menjawab, sebaik-baiknya guna sekali sahaja.

Kalau saya tengok mak saya,  beliau akan gunakan 1 uncang tu sampai hilang warna teh tu, baru buang. :D Hehe. Jimat katanya.

Minyak Angin Pecah Beling

pict0244

Harga : RM5/botol

Minyak angin pun ada. Jangan terkejut, macam diberitahu di atas, dari hujung akar sampai ke pucuk, pokok pecah beling ni, sangat istimewa. Di ekstrak daripada akar pecah beling, ianya kini menjadi minyak angin.

Apa yang istimewa minyak angin ini ialah, khasiatnya. Saya tidak tahu dengan orang lain, tapi kalau saya sendiri, saya akan rasa kesan dia hampir serta merta. Kalau selsema, hidung tersumbat, lepas sapu, lega sikit. Kalau batuk, sapu kat dada, lega. Pening, kena gigit serangga, insya Allah, boleh sembuh.

Keistimewaan lain minyak angin ini ialah, MOBILITI (mudah alih). Maksudnya mudah dibawa ke mana sahaja. Dengan saiz botol minyak atar, dan fungsi roll on, minyak angin ni sangat sesuai digunakan oleh ibu-ibu yg mempunyai bayi atau anak kecil, mereka yang ada sengal-sengal badan dan sesiapa sahaja.

Cuba lah !

Order/Tempah

Jika ada yang ingin mendapatkan produk-produk ini, anda boleh menghantar email kepada saya di rajakamil@rajakamil.com

Beritahu, produk apa yang anda inginkan. Nanti saya akan reply jumlah harga termasuk kos penghantaran.

Owh lupa pulak , berikut saya senaraikan khasiat pecah beling ni. Walaupun dah ada kat post yang lain, saya masukkan sini sekali lagi.

Khasiat

  1. Batu Karang (pelawas kencing)
  2. pemberi tenaga
  3. kurus badan
  4. meneutralkan pH badan
  5. resdung
  6. Daya Tahan Badan
  7. Insomnia/susah tidur
  8. batuk
  9. demam
  10. athma
  11. gout
  12. gastrik/ulser perut
  13. buasir
  14. Darah Tinggi (yg ni berkesan kat mak saya. Sebab berkesan kat mak sayalah, saya buat website ni. Moga beri manfaat kat orang lain juga)
  15. Lenguh-lenguh sendi
  16. tenga batin (18SX)
  17. Buah Pinggang (tokwan saya, pesakit buah pinggang, setiap 2 hari kena hemodialisis. Alhamdulillah, memberi kesan positif)

Tadi saya ada bagitahu tentang lebih dos, kalau minum teh dan makan kapsul serentak, insya Allah tidak lebih dos. Sebabnya, teh ni adalah dari daun, manakala, pil adalah dari batang dan akar pokok pecah beling.

Petua mak saya : Mak saya kata. Jodoh tu bukan setakat bercinta sahaja. Ubat dengan penyakit pun, ada jodohnya. Mungkin dengan ubat lain, anda tidak serasi walaupun ramai yang kata ubat tu berkesan, jadi cubalah khasiat pecah beling ni. (tak beli daripada saya pun tidak mengapa. Walaupun tak banyak, tapi anda boleh cuba cari kat kedai-kedai lain). Tujuan website ini ditubuhkan pun, tidak lain untuk mempromosikan khasiat pecah beling kepada umum. Bagitahulah rakan-rakan anda mengenai laman web ini. Mana tahu, jika mereka ada penyakit, dengan izin Allah, dapatlah sembuh penyakit mereka.

Akhir kata (buat masa ini), kita sudah berusaha untuk mencegah/mengubat penyakit kita. Kini, terserahlah kepada Allah untuk menyembuhkan kita atau tidak. Teruskan berusaha dan berdoa.

 

 

Comments 5 Comments »

 Pecah Beling or its scientific name Strobilanthes crispus or Saricocalix crispus (Acanthaceae) from Madagascar also known as enyoh kilo, kejibeling / kecibeling in Indonesia and pecah kaca, pecah beling or jin batu in Malaysia. This plant is easy to cultivate and the leaves are used traditionally in cancer treatment, diabetes, help to buster kidney stone and as diuretic agent.

From the studies, there are bioactive agents inside the leaves which are fitosterol and highly mineral content such as kalium (51%), calcium (24%), natrium (24%), ferum (1%) and phosphorus (1%). The leaves also contain highly vitamin C, B1, B2, katekin and tannin. All these contents contribute to highly activity of antioxidant.

Benefits of Pecah Beling :

- To eliminate kidney stone

- extract of Pecah Beling help to deactivate the development of colon cell cancer, liver cancer and also breast cancer.

- Help to kill the cancer cell through apoptosis process without any harm.

- Reduce the cholesterol level

- Effective as anti-diabetes and anti-microbe

- Help to increase the activity of anti-oxidant to protect body from free radical.

As a summary, Pecah Beling gives many benefits to our health and act as an anti-oxidant, anti-cancer, anti-diabetes and anti-microbe.

Comments No Comments »

Plant In Anti-Cancer Study Used To Treat Snake Bites

The Sunday Star, 22 December 2002

 

Malaysia – The leaves of the strobilanphes crispus plant which is said to have anti-cancer properties is also used to treat snake bites, said a local expert on herbal plants. The yellow flower plant with crispy leaves known by its English name as conehead is referred by the local Chinese as snake herb and is widely used in estates to treat snake bites.
Local people believed that boiling the conehead leaves in water and drinking the concoction could remove stones and cysts in the body. Other purported cures include pounding the leaves and mixing the paste with Chinese rice wine to rid nail infections and contusions.
Meanwhile a plant and herb expert from Universiti Putra Malaysia (UPM), Associate Professor Asmah Rahmat said the leaves from the plant – known as pecah beling in Malay – could be used for the treatment of liver and breast cancer. Dr. Asmah who had conducted laboratory studies on the herb in UPM for four years said results showed that it could reduce cancerous tumours in infected rats. She is waiting approval from the Ministry of Science, Technology and Environment to conduct clinical tests on liver and breast cancer patients.

Comments 10 Comments »

Pecah beling atau nama saintifiknya Strobilanthes crispus atau Saricocalix crispus (Acanthaceae) merupakan tumbuhan yang berasal dari Madagascar hingga ke Indonesia dan telah dikenal pasti buat pertama kalinya oleh Thomas Anderson (1832 – 1870) yang mengkelaskan tumbuhan ini di bawah Spermatophyta (tumbuhan berbunga dan gymnosperma). Daun in dikenali dengan nama pecah beling, enyoh kilo, kecibeling atau kejibeling di Indonesia. Di Malaysia, pokok ini lebih dikenali dengan nama pecah kaca, pecah beling atau jin batu. Pokok mudah ditanam dan hidup subur di Malaysia. Daunnya telah digunakan secara tradisional untuk merawat kanser, kencing manis serta batu karang dan juga sebagai agen diuretik.

Tumbuhan ini mempunyai kandungan kalsium karbonat yang tinggi dan air rebusannya bersifat alkali yang lemah. Kajian oleh Kusumoto dan rakan-rakan (1992) menyatakan bahawa ekstrak air pecah beling mempunyai kompaun atau molekul yang mampu untuk merencatkan pertumbuhan retrovirus; agen dalam jangkitan virus seperti sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS) dan juga mampu untuk merencatkan pertumbuhan sel leukemia. Terdapat banyak kompaun yang telah diasingkan dan dikenal pasti seperti asid kafeik, asid p-hidroksi benzoik, asid p-voumarik, asid vanillik, asid gentinik, asid ferulik dan asid siringik.

Daripada kajian makmal yang dilakukan oleh Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), daun pecah beling mempunyai kandungan mineral yang sangat tinggi seperti kalium (51%), kalsium (24%), natrium (24%), ferum (1%) dan fosforus (1%). Daunnya juga mempunyai kandungan vitamin C, B1, B2 yang agak tinggi dan banyak bahan yang lain seperti katekin dan tannin. Daun ini juga mengandungi kafeina, tetapi kandungannya adalah rendah. Kesemua kandungan yang dinyatakan menyumbang kepada paras jumlah antioksidan (total antioxidant activity) yang sangat tinggi jika dibandingkan dengan yerbamate (teh herba) dan vitamin E (alfa-tokoferol).

Bagi kajian antikanser pula, kajian praklinikal telah dijalankan untuk menilai keberkesanan ekstrak pecah beling secara in vitro (kultur tisu) dan in vivo (kajian haiwan). Bagi kajian kultur tisu, ekstrak pecah beling bertindak secara efektif untuk merencatkan pertumbuhan sel kanser kolon, kanser hati dan kanser buah dada. Ekstrak ini mampu membunuh sel kanser dengan mengaruh sel kanser ini mati secara semula jadi (apoptosis) tanpa kesan sampingan atau keradangan. Di samping itu, ekstrak pecah beling ini juga mampu untuk memendamkan gen penyebab kanser, sekali gus mengurangkan risiko dan keterukan kanser. Bagi kajian haiwan pula, ekstrak air pecah beling pada kepekatan 2.5% dan 5% mampu untuk mengurangkan keterukan kanser hati bagi tikus yang diaruh kanser hati.

Fitosterol (sterol dari tumbuhan) telah berjaya diasingkan daripada daun pecah beling ini. Bahan ini telah terbukti mampu untuk merencatkan pertumbuhan sel kanser seperti yang telah disebutkan di atas. Bahan ini juga dikatakan mampu untuk menurunkan paras kolesterol darah kerana fitosterol akan bersaing dengan kolesterol di dalam usus, sekali gus menyebabkan kolesterol dari makanan tidak dapat diserap.

Ekstrak air daun pecah beling juga telah diuji keberkesanannya sebagai agen antidiabetis pada tikus yang diaruh diabetes. Ekstrak daun pecah beling pada kepekatan 5% dan 7.5% mampu untuk menurunkan paras gula darah di samping meningkatkan paras jumlah antioksidan (total antioxidant level) darah bagi tikus yang diaruh diabetes atau kencing manis. Ekstrak ini tidak mempunyai kesan ke atas paras gula darah pada tikus normal, tetapi mampu untuk meningkatkan paras jumlah antioksida (total antioxidant level). Peningkatan paras jumlah antioksidan (total antioxidant level) dalam darah adalah penting untuk melindungi badan daripada radikal bebas. Oleh itu, ekstrak ini sesuai bukan sahaja untuk mereka yang berpenyakit, tetapi juga untuk mereka yang normal.

Kami telah menyediakan formula teh daripada daun pecah beling. Teh pecah beling ini telah menunjukkan tahap antioksidan yang sangat tinggi, merencatkan pertumbuhan sel kanser buah dada dan kanser ovari dan juga berkesan untuk menurunkan paras gula darah pada tikus yang diaruh diabates atau kencing manis. Hasil yang menarik lagi ialah di mana teh pecah beling ini mampu untuk merencatkan pertumbuhan 2 daripada 9 mikroorganisma yang dikaji iaitu Streptococcus sobrinus dan Streptococcus mutans. Bakteria yang disebutkan ini adalah bakteria yang menyebabkan karies gigi.

Kesimpulannya, daun pecah beling merupakan tumbuhan yang mempunyai banyak khasiat. Ia mempunyai jumlah antioksidan yang tinggi di samping mampu untuk bertindak sebagai agen antioksidan, antikanser, antidiabetes dan juga antimikrob. Walau bagaimanapun, kajian klinikal (human study) masih perlu dijalankan untuk menentukan kesannya terhadap pesakit kanser dan juga pesakit diabetes atau kencing manis.

Artikel oleh:

Prof. Madya Dr. Asmah Rahmat dan Mohd. Fadzelly Abu Bakar.

Jabatan Pemakanan dan Sains Kesihatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan,

UPM, Serdang, Selangor, Malaysia.

Comments 34 Comments »