Subscribe untuk dapatkan berita terkini dan berita promosi melalui email.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

1. Pertemuan empat mata pada petang Khamis, 24 Disember 2009 yang lalu, memang menjadi satu inspirasi buat saya. Saya yang masih lagi baru, memasarkan Pecah Beling secara online dapat merasakan bahawa produk ini sememangnya dapat membantu para pengguna.

Salah satu kelebihan Pecah Beling ialah,  kesannya dapat dilihat dalam masa yang singkat sahaja. Saya masih ingat, En. Aris, pertama kali membuat tempahan adalah hampir sebulan yang lalu.

Daripada cara beliau bercerita dengan saya, beliau amat menyayangi isteri beliau.

2. Isteri beliau menghidap penyakit kencing manis. Sebelum ini, sudah beberapa jenis herba dicuba. Masalah utama pada isteri En. Aris ialah, angin. Rasa loya-loya. Namun, dengan izin Allah, Pecah Beling nampaknya serasi dengan isteri beliau. Selepas beberapa ketika, rasa loya-loya tersebut hilang. Badan terasa ringan.

3. 2 hari sebelum itu, En. Aris telah menghubungi saya, minta no akaun. Ingin membuat tempahan. Entah apa nasibnya, no akaun bank yang saya berikan tidak sampai ke HP En. Aris. Keesokan harinya, En. Aris menelefon saya, minta no akaun sekali lagi. Saya dapat menghantar SMS sehari selepas itu.

4. Pagi itu, En Aris, menghubungi saya sekali lagi. Beliau bertanya kot-kot saya ada turun ke KL. Secara kebetulan, saya juga akan ke KL petang itu, abang ipar berkahwin. Itulah kisahnya bagaimana saya dapat berjumpa dengan En. Aris.

5. Asalnya, beliau minta di bawa 2 kotak Teh Pecah Beling. Tapi, dalam bonet kereta saya, ada stok extra. Jadi saya bawa sekali semuanya. Apabila ditunjukkan kepada En Aris, semua stok tersebut, habis diborongnya. Katanya untuk simpanan stok. Susah nak dapat herba Pecah Beling ni.

6. Pertemuan dengan En. Aris, digunakan saya sepenuhnya berkongsikan tip-tip berkaitan pecah beling. En. Aris juga berminat bahkan bersetuju memberikan testimoni. Berikut adalah testimoni beliau. Rakaman dibuat di kedai mamak, selain suara tidak berapa jelas, persekitaran juga agak hingar bingar.

Diharap, dengan audio ini, anda semua dapat menjadikan Pecah Beling salah satu ikhtiar yang dibuat bagi mengatasi masalah penyakit anda/keluarga.

KLIK SINI UNTUK MAIN

Subscribe untuk dapatkan berita terkini dan berita promosi melalui email.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Leave a Reply

Spam Protection by WP-SpamFree