Subscribe untuk dapatkan berita terkini dan berita promosi melalui email.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

 

Salam hormat;

Siang tadi, saya telah dihubungi oleh seorang pengusaha Pecah Beling ini. Rupa-rupanya kawan lama mak ayah saya. Pakcik Zainal namanya.

Beliau merupakan seorang Bio Chemist dan mengkaji khasiat pecah beling ini secara mendalam.

Apa yang menariknya, beliau menghubungi saya kerana ingin berkongsikan produk yang dicipta beliau sendiri kepada pembaca laman web ini.

Berikut adalah 3 produk pertama beliau.

Kapsul Pecah Beling

Harga Sebotol RM23.90 (atau RM25.90 untuk Sabah & Sarawak)
Sehari hanya perlu makan sebiji sahaja. Satu botol untuk stok sebulan.

Menurut Pak Cik Zainal, kapsul pecah beling ini menggunakan batang dan akar pokok pecah beling sebagai bahan utama. Menurut beliau lagi, pokok pecah beling ini, dari hujung akar hingga hujung pucuk, semuanya berkhasiat. Masya Allah.

Satu lagi, terus terang saya katakan, yang harga kapsul ini sangat berpatutan. Mana tidaknya, setiap biji kapsul diperkayakan dengan Habbatus Sauda’. Sebagaimana yang umum ketahui, Habbatus Sauda ini sangat berkesan untuk merawat kebanyakan penyakit.

Cubalah !

 

Teh Pecah Beling

pict0245

Harga : RM23.90 (S&S RM25.90) 1 kotak (30 uncang)

Sebelum ini, saya pernah memberi respons kepada salah satu komen di laman web ini mengenai dos pecah beling. Jawapan yang diberi oleh saya pada ketika itu adalah berdasarkan pengalaman saya sekeluarga.

Rupa-rupanya, Pecah Beling ini, tidak digalakkan untuk diambil berlebihan. Power sangat !. Untuk teh pecah beling ni, Pakcik Zainal cadangkan penggunaan 1 liter untuk 1 uncang. Setiap seorang, 1 liter sehari. Tidak lebih.

Bila ditanya kepada beliau, macam mana kalau uncang tu boleh digunakan lagi, beliau menjawab, sebaik-baiknya guna sekali sahaja.

Kalau saya tengok mak saya,  beliau akan gunakan 1 uncang tu sampai hilang warna teh tu, baru buang. :D Hehe. Jimat katanya.

Minyak Angin Pecah Beling

pict0244

Harga : RM5/botol

Minyak angin pun ada. Jangan terkejut, macam diberitahu di atas, dari hujung akar sampai ke pucuk, pokok pecah beling ni, sangat istimewa. Di ekstrak daripada akar pecah beling, ianya kini menjadi minyak angin.

Apa yang istimewa minyak angin ini ialah, khasiatnya. Saya tidak tahu dengan orang lain, tapi kalau saya sendiri, saya akan rasa kesan dia hampir serta merta. Kalau selsema, hidung tersumbat, lepas sapu, lega sikit. Kalau batuk, sapu kat dada, lega. Pening, kena gigit serangga, insya Allah, boleh sembuh.

Keistimewaan lain minyak angin ini ialah, MOBILITI (mudah alih). Maksudnya mudah dibawa ke mana sahaja. Dengan saiz botol minyak atar, dan fungsi roll on, minyak angin ni sangat sesuai digunakan oleh ibu-ibu yg mempunyai bayi atau anak kecil, mereka yang ada sengal-sengal badan dan sesiapa sahaja.

Cuba lah !

Order/Tempah

Jika ada yang ingin mendapatkan produk-produk ini, anda boleh menghantar email kepada saya di rajakamil@rajakamil.com

Beritahu, produk apa yang anda inginkan. Nanti saya akan reply jumlah harga termasuk kos penghantaran.

Owh lupa pulak , berikut saya senaraikan khasiat pecah beling ni. Walaupun dah ada kat post yang lain, saya masukkan sini sekali lagi.

Khasiat

  1. Batu Karang (pelawas kencing)
  2. pemberi tenaga
  3. kurus badan
  4. meneutralkan pH badan
  5. resdung
  6. Daya Tahan Badan
  7. Insomnia/susah tidur
  8. batuk
  9. demam
  10. athma
  11. gout
  12. gastrik/ulser perut
  13. buasir
  14. Darah Tinggi (yg ni berkesan kat mak saya. Sebab berkesan kat mak sayalah, saya buat website ni. Moga beri manfaat kat orang lain juga)
  15. Lenguh-lenguh sendi
  16. tenga batin (18SX)
  17. Buah Pinggang (tokwan saya, pesakit buah pinggang, setiap 2 hari kena hemodialisis. Alhamdulillah, memberi kesan positif)

Tadi saya ada bagitahu tentang lebih dos, kalau minum teh dan makan kapsul serentak, insya Allah tidak lebih dos. Sebabnya, teh ni adalah dari daun, manakala, pil adalah dari batang dan akar pokok pecah beling.

Petua mak saya : Mak saya kata. Jodoh tu bukan setakat bercinta sahaja. Ubat dengan penyakit pun, ada jodohnya. Mungkin dengan ubat lain, anda tidak serasi walaupun ramai yang kata ubat tu berkesan, jadi cubalah khasiat pecah beling ni. (tak beli daripada saya pun tidak mengapa. Walaupun tak banyak, tapi anda boleh cuba cari kat kedai-kedai lain). Tujuan website ini ditubuhkan pun, tidak lain untuk mempromosikan khasiat pecah beling kepada umum. Bagitahulah rakan-rakan anda mengenai laman web ini. Mana tahu, jika mereka ada penyakit, dengan izin Allah, dapatlah sembuh penyakit mereka.

Akhir kata (buat masa ini), kita sudah berusaha untuk mencegah/mengubat penyakit kita. Kini, terserahlah kepada Allah untuk menyembuhkan kita atau tidak. Teruskan berusaha dan berdoa.

 

 

Subscribe untuk dapatkan berita terkini dan berita promosi melalui email.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

5 Responses to “Berita Baik. Produk pecah beling”
  1. Camana nak order?

  2. itu apa udah ada di kalimantan tengah pak … trima kasih

  3. Waduh, kok belum sampai ke sana lagi, Pak, tapi kalau mahu dikirimin, beritahu saja

  4. telah mengenali pokok pecah beling ini sejak 2004 lg, ianya memang sgt baik dan khasiatnya adalah asli, rakan sepejabat sy menghidap batu karang yg kronik dan akan dilaser tetapi doktor yg merawat belaiu menyarankan utk mencuba air rebusan daun pecah beling, hasilnya kurang dr 24jam selepas meminum air rebusan tersebut. rakan sy telah membuang air kecil bersama ketulan2 kecil pada hari yg sama dan beliau mengamalkan utk meminum air rebusan berkenaan sehingga pd hari yg ditetapkan utk review laser, akhirnya doktor berkenaan mendapati batu karang beliau telah sembuh sepenuhnya dan rakan sy kembali bertugas dgn wajah yg ceria dan membekalkan kami anak pokok pecah beling…maka kami pun berkebun ‘herba’ di belakang pejabat…ini adalah kisah benar! kejadian ini berlaku di pejabat sy di Subang Terminal 2…sy amat kagum pada kehebatan pecah beling ini! oh ya…pokok ni byk kat Zoo Negara KL, sy kenal sgt pokok ni sebab tu bila melawat kat zoo sy dah cam pokok ni…sape2 yg berkenan bolehlah melawat zoo dan memohon kebenaran kat sana…tak kan lah ambik btg pokok tu skit zoo nak marah, dgn kebenaran pasti dpt! try laaaa..tak pun belakang ofis lama sy kat subang pun ada, kalau lah masih ada…sy dah lama pindah!

  5. Ha, ada pun geng :)
    Betul tu tuan, khasiatnya sungguh banyak dan luar biasa. Boleh kata serta merta, tapi siapalah nak dengar cakap-cakap orang macam kita ni, bila dah terdesak barulah nak mencuba, tapi biasanya masa tu dah terlewat lah. :D

    Salam perkenalan

Leave a Reply

Spam Protection by WP-SpamFree